Kepercayaan di Man City adalah satu impian, kata Guardiola

Oleh Penulis Jemputan 17 Disember 2017 1422
Kepercayaan di Man City adalah satu impian, kata Guardiola
Pep Guardiola mengatakan ia adalah satu 'impian' untuk memiliki kepercayaan bersama pemain-pemain Manchester City selepas mereka melakar kemenangan ke-16 berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris.

City tanpa belas kasihan membelasah Tottenham 4-1 di Stadium Etihad awal padi tadi, dengan Raheem Sterling meledak dua gol selepas jaringan Ilkay Gundogan dan Kevin De Bruyne.

Dan ketika pasukan Guardiola mengekalkan rentak hebat memburu gelaran, pengurus itu menunjukkan kepercayaan ke atas staf dan skuadnya dengan menganggap mereka sebagai kunci kejayaan.

"Kami percaya bahawa kami mesti mempercayai satu sama lain," kata Guardiola dalam sidang media selepas perlawanan. "Apabila (pemain) memberi pendapat mereka, saya percaya kepada mereka. Apabila saya berikan (padangan), mereka ikut.

"Ia satu impian kepada pengurus.

"Memenangi gelaran adalah penting tetapi kami percaya perkara paling penting adalah kami percaya ia cara terbaik untuk bermain -- tiada keraguan mengenai itu.

"Itulah hadiah terbaik apabila anda percaya pemain-pemain ikut anda," katanya.

Guardiola juga bercakap tentang kebanggaannya terhadap kerja keras di sebalik kemenangan berterusan City, menyamai rekodnya di Barcelona dan menghampiri pencapaian di Bayern Munich dengan 19 kemenangan berturut-turut.

"Saya bangga, saya tidak mahu merendahkan diri sekarang," katanya. "Saya bangga dengan kakitangan saya. Dengan tiga pasukan, mereka berada di sana.

"Barisan kejurulatihan bekerja keras dan pemain-pemain tahu perkara itu. Kami akan mengkaji semula perlawanan dan bercakap dengan pemain-pemain bagi melihat berapa banyak perkara baik kami lakukan dan kesilapan yang kami lakukan.

"Ia (kemenangan berterusan) berlaku kerana saya telah bersama dengan tiga kelab yang menakjubkan: Barcelona, ​​Bayern Munich dan kelab ini. Semua tiga kelab ini telah menyokong saya dan menyediakan saya pemain yang luar biasa.

"Tanpa pemain dan sokongan yang baik daripada kelab, mustahil untuk mencapai perkara seperti ini," katanya lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen