Kelab Liga Perdana Inggeris setuju pemotongan gaji 30 peratus

Oleh Nafis Abdullah 4 April 2020 108
Kelab Liga Perdana Inggeris setuju pemotongan gaji 30 peratus
Kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk berbincang dengan pemain mengenai pemotongan gaji sebanyak 30 peratus susulan wabak coronavirus.

Wabak COVID-19 dilihat memberi kesan besar kepada sukan seluruh dunia sambil mesyuarat pemegang taruh Liga Perdana Inggeris semalam menyaksikan saingan tertinggi di England itu tidak akan disambung awal bulan depan.

Tottenham, Newcastle United, Norwich City dan Bournemouth telah memberikan cuti untuk pulang ke rumah kepada staf pasukan.

Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock, menggesa pemain di England untuk menerima pemotongan gaji dan memainkan peranan tatkala Persekutuan Bolasepak (FA) dikritik kerana tidak mengambil sebarang langkah.

Namun, beberapa kelab kini cuba untuk berbincang dengan pemain dan mengurangkan gaji ketika saingan ditangguhkan.

"Aspek kewangan dan kesukanan dalam Liga Perdana Inggeris yang menerima kesan, termasuk FA, EFL, dan Liga Negara, dibincangkan dalam mesyuarat hari ini," kata wakil liga.

"Dalam menghadapi kerugian yang dialami sejak musim 2019-20 ditangguhkan dan untuk melindungi pekerja dalam bidang ini, kelab Liga Perdana Inggeris telah bersetuju untuk berbincang dengan pemain mengenai pengurangan dan pemotongan gaji sebanyak 30 peratus.

"Langkah ini dikekalkan berdasarkan situasi semasa. Pihak liga akan terus berurusan dengan FA dan kerajaan sambil satu mesyuarat akan diadakan esok melibatkan liga, pemain dan wakil kelab."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen