MANCHESTER CITY 3 EVERTON 1

Gabriel Jesus mengakui kehidupan di Manchester City kini lebih sukar sebaik dia menjaringkan dua gol ketika membantu pasukannya menewaskan Everton 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad, malam tadi.


Jesus kini merupakan tonggak utama City yang didakwanya lebih kuat berbanding musim lalu.

Dengan Sergio Aguero yang masih bergelut mencari kecergasan terbaik selepas dilanda kecederaan pangkal paha, Jesus mengetuai barisan serangan City dan menjaringkan gol dalam setiap separuh masa bagi memastikan kemenangan 3-1 City ke atas Everton yang melonjakkan mereka kembali ke puncak liga.

Penyerang itu tidak menjaringkan sebarang gol sejak Ogos lalu, namun dia memastikan jaringan permbukaan tuan rumah pada minit ke-22 selepas bijak menyempurnakan lorongan Leroy Sane.

Dia kemudian menggandakan jaringan itu pada minit ke-50 dengan menanduk masuk hantaran lintang Sane.

"Saya gembira dengan prestasi saya dan kemenangan itu," katanya kepada Sky Sports.

"Kami perlu sentiasa memenangi perlawanan.

"Musim ini cukup sukar buat saya.

"Kelab ini semakin kuat dan memiliki terlalu ramai pemain yang baik.

"Perlawanan kali ini amat menyukarkan.

"Kami beraksi baik dan memenangi perlawanan itu," tambahnya.

Kelebihan jaringan City berkurangan sebaik Dominic Calvert-Lewin menanduk masuk jaringan tunggal Everton pada minit ke-65.

Namun, Raheem Sterling yang masuk sebagai pemain gantian menambah derita pelawat menerusi sentuhan mudahnya pada minit ke-69.