Kekalahan Chelsea disebabkan faktor perincian, kata Lampard

Oleh Staff Writer 24 November 2019 1719
Kekalahan Chelsea disebabkan faktor perincian, kata Lampard
Pengendali Chelsea, Frank Lampard, menegaskan kekalahan 2-1 pasukannya di tangan Manchester City disebabkan oleh beberapa faktor perincian serta kualiti yang dimiliki Riyad Mahrez.

Dalam aksi awal pagi tadi, The Blues mendahului di Etihad menerusi jaringan N'Golo Kante tetapi juara bertahan, City, bangkit hasil gol Kevin De Bruyne serta larian hebat Mahrez yang memberikan tiga mata buat pasukan kendalian Pep Guardiola itu.

Anak buah Lampard mengawal permainan berbanding City walaupun benteng beberapa kali diancam dan dia percaya detik dalam kotak penalti memberikan kelebihan buat The Citizens.

"Hadir ke perlawanan dengan prestasi kami kebelakangan ini serta bagaimana kami memberi reaksi, saya mahu datang dan melengkapkannya. Saya fikir anda boleh lihat dalam babak pertama," katanya.

"Ketika 1-0, kami menguasai sebahagian besar perlawanan. Jelas sekali sesuatu detik itu tidak bertahan lama, di mana lawan meraihnya beberapa kali tetapi kami bermain dengan baik. Kami tewas tetapi banyak elemen positif diterima, jadi ketika ini, ia membuktikan faktor di dalam kotak penalti membuat keputusan.

"Saya tidak fikir anda boleh lupakan perlawanan ini tanpa bercakap mengenai dua pasukan kuat berlawan di antara satu sama lain sebelum satu pasukan menang. Ia disebabkan oleh gol yang terkena badan serta detik hebat yang dipamerkan Mahrez. Perkara lain, semuanya seimbang."

Sebelum aksi itu, Chelsea meraih enam kemenangan berturut-turut dalam saingan liga tetapi The Blues masih belum menewaskan mana-mana kelab dengan gelaran 'enam terbesar' di bawah bimbingan Lampard.

Mereka tewas dua kali di tangan Manchester United sewaktu aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris dan perlawanan Piala EFL, selain dikalahkan Liverpool dalam saingan Piala Super Eropah dan liga domestik.

Namun, Lampard menegaskan semua kekalahan itu bukan disebabkan oleh corak permainan atau barisan pemain muda yang mentah pengalaman.

"Semua orang membuat andaian berdasarkan perlawanan yang kami lalui," tambahnya.

"Kami mencabar Liverpool di Istanbul, tewas menerusi penentuan sepakan penalti. Tewas di laman sendiri dalam aksi liga, memberi tekanan selama 45 minit dan tewas dengan prestasi hebat hari ini.

"Ia adalah detik di dalam kotak penalti, sesuatu yang anda tidak boleh nafikan atau persoal apabila anda menang atau kalah.

"Pasukan seperti Liverpool dan City telah meraih keputusan yang diinginkan dalam tempoh yang lama kerana mereka bekerjasama, berusaha gigih serta faktor-faktor perincian yang mereka miliki."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen