MANCHESTER UNITED 1 WEST HAM 1

Ander Herrera tidak mampu untuk berkata apa-apa selepas Manchester United hanya memungut sata mata buat kali keempat di Old Trafford selepas seri 1-1 dengan West Ham.


The Hammers menghukum United seawal minit kedua perlawanan menerusi percubaan Diafra Sakho sebelum Zlatan Ibrahimovic menyamakan kedudukan pada minit ke-21.

Dalam tempoh 90 minit, pasukan tuan rumah telah menghasilkan 17 percubaan ke arah pintu gol, lapan daripadanya tepat ke arah pintu gol, tetapi penjaga gol, Darren Randolph, mempamerkan aksi yang mantap untuk mengecewakan United.

Ini merupakan kali pertama United seri empat perlawanan berturut-turut di laman sendiri sejak Disember 1980.

"Kami mengawal perlawanan seawal minit pertama tetapi masih gagal mencipta kemenangan," kata Herrera.

"Mereka bernasib baik untuk menjaringkan gol dan kami mengawal perlawanan serta menghasilkan peluang.

"Penjaga gol pasukan lawan sekali lagi menjadi pemain terbaik perlawanan. Perkara ini berlaku ketika kami bertemu Stoke, Burnley dan Arsenal. Kami sudah tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memenangi perlawanan.

"Bola sepak adalah mengenai menjaringkan gol tetapi kami gagal melakukannya."