Kedatangan Werner, Ziyech tingkat tekanan -- Lampard

Oleh Ammar Hakim 21 Jun 2020 263
Kedatangan Werner, Ziyech tingkat tekanan -- Lampard
Frank Lampard mengetahui terdapat peluang untuk meningkatkan lagi prestasi Chelsea berikutan kedatangan Timo Werner dan Hakim Ziyech menjelang musim hadapan, tetapi beliau bersedia dengan tekanan tambahan yang diperlu ditangani.

The Blues, yang digantung daripada membuat sebarang perpindahan dalam dua jendela perpindahan sebelum ini, akan diperkuat musim depan dengan kehadiran Werner dan Ziyech di Stamford Bridge, masing-masing dari RB Leipzig dan Ajax.

Kedua-duanya antara pemain prospek Eropah dan Lampard menyedari bahawa memastikan mereka menyertai akan meningkatkan lagi harapan untuk kelab meningkat naik, dengan misi pertama mereka adalah melengkapkan saingan musim ini dalam kelompok empat terbaik.

Chelsea menghuni tempat keempat dengan berbaki sembilan perlawanan dan bakal berdepan Aston Villa Ahad ini, perlawanan pertama mereka sejak penangguhan saingan ekoran Covid-19coronavirus.
 

Ketika ditanya adakah kedatangan pemain baru akan meningkatkan lagi jangkaan bagi musim 2020-21, Lampard berkata: "Sudah pasti, dan saya memahami situasi ini dan tekanan akan sentiasa ada dalam semua jenis pekerjaan.

"Kami memiliki sokongan yang sangat kukuh, itulah sebabnya kami menyukai EPL dan mengapa kami berusaha melakukan yang terbaik.

"Saya berasakan kami harus bersikap positif, kami ingin merapatkan jurang dengan kelab-kelab lain, dan tandatangan seperti Werner dan Ziyech adalah satu petanda yang bagus."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen