Kecederaan paha paksa Cech rehat sebulan

Oleh Penulis Jemputan 3 Oktober 2018 119
Kecederaan paha paksa Cech rehat sebulan
Penjaga gol Arsenal, Petr Cech, terpaksa diketepikan selama empat minggu selepas mengalami kecederaan paha sewaktu The Gunners menundukkan Watford sebelum ini.

Penjaga gol berpengalaman itu terpaksa dibawa keluar pada awal babak kedua ketika Arsenal menewaskan Watford 2-0 di laman sendiri.

Bernd Leno masuk menggantikannya ketika itu untuk meraih penampilan pertama dan kini tampak bersedia untuk meyakinkan pengendali pasukan, Unai Emery, dalam usaha untuk mengekalkan tempat dalam kesebelasan.

Kenyataan susulan daripada pihak perubatan Arsenal semalam mengesahkan Cech memerlukan satu tempoh untuk berehat.

"Dia dijangka akan menjalani latihan penuh dalam tiga hingga empat minggu lagi," kata wakil kelab.

Arsenal turut menambah bahawa tempoh pemulihan kecederaan yang dilalui Laurent Koscielny turut berjalan dengan baik.

Bek tengah Perancis yang terlepas saingan Piala Dunia itu dijangka turut menyertai pasukan semula bulan depan.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen