Kecederaan Morata tidak serius -- Conte

Oleh Penulis Jemputan 1 Oktober 2017 1267
Kecederaan Morata tidak serius -- Conte
Antonio Conte menjangkakan Alvaro Morata tidak akan berehat panjang selepas penjaring terbanyak Chelsea itu terpaksa meninggalkan padang pada separuh masa pertama ketika tewas 1-0 kepada Manchester City.

Morata menjaringkan gol ketujuh selepas lapan perlawanan ketika bangkit untuk menewaskan Atletico Madrid 2-1 dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Tetapi penyerang Sepanyol itu meninggalkan perlawanan pada minit ke-35 berdepan City di Stamford Bridge, apabila mengalami kecederaan pada bahagian hamstring kaki kirinya.

"Ia hanyalah masalah otot," kata Conte. 

"Saya tidak berasakan ia merupakan masalah yang serius kerana dia berhenti sebelum ia menjadi teruk.

"Morata memberitahu kepada saya 'Saya mahu berhenti sebelum kecederaan ini menjadi lebih serius'.

"Doktor akan memeriksa kecederaan Morata, tetapi saya tidak berasakan Morata akan sempat beraksi untuk Sepanyol.

"Perkara ini adalah normal selepas beraksi dalam tiga perlawanan penting dalam tempoh tujuh hari, keletihan akan berlaku kepada mana-mana pemain.

Gol tunggal Kevin De Bruyne pada minit ke-67 memastikan tiga mata penuh untuk City kekal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berkongsi mata dengan seteru, Manchester United.

Chelsea kini ketinggalan enam mata tetapi Conte terpaksa mengharungi perlawanan sukar di awal musim.

"Kami telah berdepan aksi yang sukar dengan Arsenal, Manchester City, Tottenham dan Everton.

"Ia merupakan permulaan yang sukar. Persembahan kami akan bertambah baik dalam perlawanan-perlawanan akan datang."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen