Kebijaksanaan Santo pacu kemaraan Wolverhampton -- Arteta

Oleh Nafis Abdullah 4 Julai 2020 433
Kebijaksanaan Santo pacu kemaraan Wolverhampton -- Arteta
Mikel Arteta teruja dengan kecemerlangan Nuno Epirito Santo mengendalikan Wolverhampton Wanderers tetapi percaya sokongan daripada pihak tertinggi di Molineux memainkan peranan utama kepada kejayaannya.

Arteta kini mempersiapkan Arsenal untuk berdepan Wolves pada awal pagi esok dalam perlumbaan merebut slot kelayakan Liga Juara-Juara Eropah.

Wolves kini menduduki tangga keenam, dua mata dibezakan daripada kelompok empat teratas sambil The Gunners di tangga kelapan.

Pengendali Arsenal itu bercakap mengenai lawannya itu menjelang aksi di Molineux.

"Sejak mula tiba di Wolves serta sewaktu bersama Porto, dia sentiasa berupaya menguruskan pasukan mengikut caranya sendiri berbekalkan falsafah yang jelas," katanya.

"Anda boleh lihat apa yang cuba dia lakukan.

"Dia mempersiapkan kelab dengan sangat bijak, di mana dia tahu apa yang mampu ditawarkan oleh setiap pemain kepada pasukan.

"Bahagian kemasukan pemain juga sangat bagus. Dia tahu memperkuatkan skuad. Situasi itu memberikan kestabilan dan menambah baik setiap masa. Situasi itu meningkatkan pasukan.

"Saya fikir dia menjalankan tugas dengan baik."
 

Tentang Penulis

Nafis Abdullah

Komen