Kane sesuai dengan tradisi United -- Neville

Oleh Ammar Hakim 14 April 2020 568
Kane sesuai dengan tradisi United -- Neville
Harry Kane akan bersesuaian dengan tradisi Manchester United, menurut bekas kapten, Gary Neville.

The Red Devils dilaporkan berminat menandatangani penyerang Tottenham itu yang dijangka bernilai EURO200 juta, nilai yang berpotensi akan dialu-alukan ekoran ketidaktentuan ekonomi berpunca daripada penularan wabak koronavirus.

Namun terdapat laporan mencadangkan Spurs tidak memiliki keinginan untuk menjual Kane kepada pesaing, ia merupakan hasrat penyerang itu sendiri menerusi perbualan secara langsung di Instagram bahawa dia mungkin meninggalkan untuk mencabar gelaran.

Neville percaya ia merupakan langkah yang telah difikirkan oleh Kane dan beliau turut berasakan usaha United untuk menandatangani penyerang itu adalah mengikut tradisi kelab dengan mendapatkan khidmat penyerang utama skuad kebangsaan England.

"Ia bersesuaian dengan sejarah perpindahan Manchester United, kembali kepada Brian Robson, Roy Keane, cubaan untuk menandatangani Alan Shearer, Rio Ferdinand, Wayne Rooney," katanya kepada Sky Sports News.

"Mereka merupakan antara pemain terkenal di England, British ataupun Ireland dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan United mahu meneruskan tradisi ini. Anda dapat lihat yang dilakukan United musim panas lalu dengan mendapatkan khidmat Harry Maguire, salah seorang pemain terbaik dalam jendela perpindahan."

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen