Pep Guardiola menegaskan pemain dalam skuad kendaliannya, Manchester City, tidak kekurangan sebarang keyakinan atau usaha walaupun kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris semakin samar.

City dua kali mendahului sebelum terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 ketika berdepan Newcastle United di tempat lawan yang meletakkan mereka di tangga ketiga dan 11 mata di belakang pendahulu, Liverpool, selepas 14 perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya mencicirkan dua mata setakat ini untuk mengesahkan dominasi di puncak liga tetapi Guardiola menolak dakwaan bahawa keyakinan dan kepercayaan dalam skuadnya itu semakin pudar menjelang kunjungan ke Burnley sebelum menghadapi aksi seteru setempat Manchester.

"Saya rasa anda perlu lihat bagaimana pemain berlari, berjuang, berusaha serta lenggok badan mereka," katanya.

"Kami tidak pernah putus asa. Pasukan yang sentiasa beraksi dan itu perasaan saya. Anda menganalisis keputusan. Sudah tentu ia tidak bagus buat kami tetapi baik bagi Newcastle.

"Saya tidak tahu tetapi perlu menilai prestasi kami sangat bagus."

City mencipta rekod 18 kemenangan berturut-turut sewaktu menjulang trofi liga musim 2017-18 sambil memerlukan 14 mata untuk mengekang kemaraan Liverpool musim lalu.

Sama ada mahu bergelar wira atau lebih daripada itu, Guardiola tidak melihat elemen itu akan membantu pasukannya.

"Saya tidak fikir berapa jumlah kemnenangan yang perlu didapatkan tetapi hanya mencuba untuk meraih tiga mata bagi aksi seterusnya.

"Musim lalu, kami tidak bercakap mengenai trofi liga atau jumlah perlawanan yang dimenangi.

"Ia bukan begitu. Untuk pulih, melakukan psrsediaan serta bersaha menewaskan Burnley. Itu perancangannya."