LEICESTER 0 MAN CITY 1

Pep Guardiola yakin Manchester City akan menjadi gol dalam sepakan penalti seterusnya selepas skuad kendaliannya sekali lagi gagal menyempurnakannya ketika meraih kemenangan 1-0 ke atas Leicester City.


Sergio Aguero mengambil sepakan penalti pada minit ke-62 selepas percubaan Ilkay Gundogan terkena tangan Dennis Praet namun gagal untuk menewaskan Kasper Schmeichel.

City kini telah gagal menyempurnakan empat sepakan penalti dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Aguero menyertai Gundogan, Gabriel Jesus dan Raheem Sterling dalam gagal menyempurnakan penalti.



Bagi Guardiola, yang mencadangkan penjaga gol, Ederson, untuk mengambil alih tugas menyempurnakan sepakan penalti, yakin City akan kembali meledak gol menerusi sepakan penalti.

"Kami gagal menyempurnakan empat sepakan penalti berturut-turut, tetapi kami mungkin kami akan menjaringkan satu ketika memerlukan kemenangan," katanya kepada BBC Sport.
"Penjaga gol lawan di tahap terbaik, tetapi kami akan menjadikan sepakan penalti seterusnya."

Di sebalik kegagalan Aguero menyempurnakan, City tetapi meraih tiga mata hasil jaringan Jesus 10 minit sebelum tamat permainan.

Jesus, yang dibawa masuk pada minit ke-77, hanya memerlukan tiga minit untuk meledak gol menerusi lorongan daripada bekas bintang Leicester, Riyad Mahrez.

"Saya akan cuba untuk membantu rakan sepasukan dan mencari ruang," kata Jesus kepada Sky Sports.

"Mahrez seorang pemain yang berkualiti dan saya menyedari cara hantarannya. Dia seorang yang mahir mengawal bola dan saya berjaya menjaringkan gol."

City bakal bertemu Real Madrid Rabu ini dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).