Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus, memberikan amaran kepada pasukannya untuk terus mempamerkan aksi konsisten dalam usaha menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Skuad kendalian Pep Guardiola itu mencatatkan kemenangan ke-16 berturut-turut ketika menewaskan Tottenham 4-1 kelmarin untuk kekal mendahului saingan EPL dengan 11 mata.

Manchester United turut mencipta dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan Bournemouth dan West Brom semalam tetapi City berada dalam landasan untuk memenangi gelaran EPL yang ketiga pada musim ini.

Jesus, yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika bertemu Spurs, menggesa rakan sepasukannya supaya tidak mengambil mudah perlawanan akan datang dalam usaha mereka menjuarai liga dan kepentingan untuk mengekalkan tumpuan dalam setiap perlawanan.

"Pasukan kami beraksi cemerlang tetapi lawan kami juga melakukan yang sama," katanya.

"Saya tidak boleh memikirkan kami tidak boleh ditewaskan dan perlu kekal fokus dalam perlawanan demi perlawanan.

"Ini merupakan antara persembahan terbaik kami, berdepan lawan yang memiliki pemain-pemain berkualiti," tambahnya.