Jaringan Lacazette, Aubameyang tumbangkan Burnley

Oleh Staff Writer 17 Ogos 2019 862
Jaringan Lacazette, Aubameyang tumbangkan Burnley
ARSENAL 2 BURNLEY 1

Arsenal meneruskan permulaan cemerlang musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan merakamkan kemenangan 2-1 ke atas Burnley di Stadium Emirates, sebentar tadi.


Pierre-Emerick Aubameyang, yang menemui sasaran ketika mengatasi Newcastle United minggu lalu, meledak gol kedua perlawanan selepas perlawanan melewati minit ke-60 untuk memastikan skuad kendalian Unai Emery itu meraih enam mata daripada dua perlawanan.

Alexandre Lacazette terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-13 sebelum Ashley Barnes menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa.

Persembahan menakjubkan daripada Dani Ceballos mencetus inspirasi buat Arsenal sementara penampilan sulung David Luiz buat tuan rumah memastikan mereka meraih kemenangan ke-11 berturut-turut ke atas Burnley dalam semua kejohanan.

Lacazette menguji penjaga gol, Nick Pope, dengan tandukan jarak dekat sebelum menampan bola untuk membuka jaringan.

Pope terus diberi asakan sehingga jaringan penyamaan yang dihasilkan Barnes pada minit kedua masa kecederaan.

Reiss Nelson berjaya menyumbat masuk jaringan beberapa minit kemudian tetapi ia dibatalkan selepas Nacho Monreal berada di kedudukan ofsaid.

Pope menangkis dua lagi percubaan selepas perlawanan bersambung tetapi tidak terdaya untuk menepis keluar percubaan Aubameyang pada minit ke-64.

Ceballos bertindak selaku arkitek jaringan kemenangan itu apabila melakukan lorongan kepada penyerang kelahiran Gabon itu, sekali gus memastikan kemenangan buat The Gunners.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen