Jangan jadi bongkak, Liverpool -- Lampard

Oleh Ammar Hakim 23 Julai 2020 14394
Jangan jadi bongkak, Liverpool -- Lampard
Frank Lampard memberikan amaran Liverpool supaya jangan bongkak selepas Chelsea tewas 5-3 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi tadi.

Liverpool menjulang gelaran EPL selepas kemenangan ke atas Chelsea, di mana mereka mendahului 3-0 dan 4-1 sebelum menamatkan perlawanan.

Lampard terlibat dengan pertelingkahan dengan barisan simpanan Liverpool bench sebelum Trent Alexander-Arnold meledak gol menerusi sepakan percuma dan ketua jurulatih Chelsea itu mengkritik tuan rumah.

"Bagi saya, ia bukan satu kesalahan daripada [Mateo] Kovacic [terhadap Sadio Mane] dan terdapat perkara yang tidak berlaku dengan sepatutnya," kata Lampard kepada Sky Sports.

"Saya tidak memiliki masalah dengan Jurgen Klopp, dia menguruskan pasukan dengan baik.

"Sesetengah barisan di bangku simpanan, terdapat garisan di antara sudah memenangi gelaran dan sudah menjuarai liga, tahniah buat Liverpool tetapi janga menjadi terlalu bongkak."
  Alexander-Arnold menggandakan jaringan selepas Naby Keita membuka jaringan dan Georginio Wijnaldum menjadikan kedudukan 3-0.

Selepas Olivier Giroud memberikan harapan buat Chelsea, Roberto Firmino kembali memastikan kelebihan Liverpool sebelum Tammy Abraham dan Christian Pulisic memaksa tuan rumah untuk memberikan saingan dalam perlawanan.

Alex Oxlade-Chamberlain menoktahkan kemenangan Liverpool, namun Chelsea kekal mendahului satu mata ke atas penghuni tangga kelima Leicester City menjelang aksi terakhir berdepan Wolves Ahad ini.


 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen