Jamie Vardy buru rekod jaringan sendiri 

Oleh Penulis Jemputan 9 Disember 2019 863
Jamie Vardy buru rekod jaringan sendiri 
Jamie Vardy yang mempamerkan aksi cemerlang malam tadi muncul pemain pertama menjaringkan gol dalam lapan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut bagi mengulangi pencapaian pada 2015.

Vardy menyumbat gol dalam 11 perlawanan berturut-turut ketika Leicester City dinobatkan juara EPL dan kini mengancam untuk memperbaiki rekod itu. 

Dia menemui sasaran penyudah selepas 20 minit permainan di Aston Villa dalam kemenangan 4-1 The Foxes itu, sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mencatat rentetan kemenangan kelapan liga bagi menghambat kelebihan lapan mata milik pendahulu, Liverpool.

Vardy menjadi pemain utama England yang paling produktif sejak ketibaan Brendan Rodgers pada 3 Mac lalu yang menyaksikannya sudah meledak 24 gol liga dan kini lima jaringan mendahului pemain lain menerusi 16 jaringan musim ini. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen