Jadual EPL minggu ini dirombak 

Oleh Shaiful Shamsudin 12 Januari 2021 1680
  Jadual EPL minggu ini dirombak 
Tottenham akan menentang Fulham awal pagi Khamis ini dan bukannya Aston Villa dalam penyusunan semula jadual Liga Perdana Inggeris (EPL) yang terkesan dengan penularan COVID-19.

Spurs dijadual bertandang ke Villa Park untuk perlawanan pertengahan minggu ini, tetapi lawan mereka itu memohon tarikh baru berikutan sebilangan besar pemain dan kakitangan mereka sama ada diuji positif atau perlu menjalani kuarantin atas faktor kontak rapat pandemik berkenaan.

Sebaliknya, pasukan bimbingan Jose Mourinho itu akan menjadi tuan rumah kepada Fulham selepas pertemuan terbabit ditunda 30 Disember lalu akibat lonjakan kes pandemik berkenaan di Craven Cottage.

"Dengan kesihatan pemain dan kakitangan menjadi keutamaan, kami akan terus bekerjasama dengan Aston Villa mengenai langkah-langkah untuk memastikan mereka dapat kembali dengan selamat dengan segera," demikian satu kenyataan daripada Persatuan Bolasepak (FA).

"FA berharap mereka segera pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan berharap perlawanan Aston Villa dengan Tottenham Hotspur dapat diaturkan semula dengan secepat mungkin."

Villa disingkirkan Liverpool 14 dalam saingan Piala FA minggu lalu dengan kelab itu meletakkan barisan muda sambil pengurus skuad B-23, Mark Delaney, mengambil alih peranan tersebut ketika ketiadaan Dean Smith.

Perlawanan menentang Everton pula dianjak lewat sehari berbanding jadual asal, Sabtu ini.

Sementara itu, Fulham pula akan menentang Chelsea dalam 'derby London barat' pada Ahad ini, bukannya Sabtu.

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen