Ibrahimovic bakal main peranan dalam aksi 'derby'

Oleh Penulis Jemputan 6 Disember 2017 1118
Ibrahimovic bakal main peranan dalam aksi 'derby'
MANCHESTER UNITED 2 CSKA MOSCOW 1

Zlatan Ibrahimovic berpeluang besar untuk tampil dalam pertembungan 'derby' dengan Manchester City bagi aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini, menurut pengurus Manchester United, Jose Mourinho.


Ibrahimovic terlepas dua perlawanan terakhir United -- kemenangan liga ke atas Arsenal dan Liga Juara-Juara (EPL) ke atas CSKA Moscow -- ekoran kecederaan.

Penyerang veteran itu belum menjaringkan gol untuk United sejak kembali daripada masalah lutut serius, namun bekas pemain antarabangsa Sweden itu memberi khabar gembira mengenai tahap kecergasannya menjelang aksi 'derby' itu nanti. 

City akan menuju ke Old Trafford dengan kelebihan lapan mata berbanding seteru setempat itu di puncak EPL hasil permulaan menakjubkan di bawah bimbingan Pep Guardiola.

Begitupun, Mourinho berdepan berdepan ranjau bagi pilihan di bahagian tengah berikutan penggantungan Paul Pogba. 

"Eric Bailly terlepas aksi hujung minggu ini. Phil Jones, Marouane Fellaini berpeluang, Zlatan juga berpeluang besar dan Nemanja Matic tercedera tetapi pasti akan bermain," kata Mourinho kepada wartawan. "(Michael) Carrick tidak ada peluang."

United akan merakam rekod baru kelab andai mereka mengelakkan kekalahan kepada City -- tanpa kalah dalam 40 perlawanan di laman sendiri di bawah kendalian Mourinho.

Begitupun, Mourinho menegaskan dia tidak akan terbawa-bawa dengan catatan itu menjelang pertemuan getir itu selepas City menang 13 perlawanan 'derby' terakhir.

"Saya tidak bermain untuk rekod," kata Mourinho. "Saya ingin menempa sejarah kerana kami memenangi Liga Europa buat kali pertama dan melakukan perkara yang lebih penting daripada memecahkan rekod.

"Tetapi, sudah tentu ia sentiasa bagus," ujarnya.

Dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) pagi tadi, Red Devils bangkit menerusi jaringan Romelu Lukaku dan Marcus Rashford untuk meraih kemenangan 2-1 selepas dibolosi dengan kekeliruan gol ofsaid CSKA Moscow. 

Kemenangan itu memastikan United mengakhiri Kumpulan A di kedudukan teratas. 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen