Ibrahimovic akan kembali temui sentuhan gol - Henry

Oleh Sacha Pisani 1 November 2016 0
Ibrahimovic akan kembali temui sentuhan gol - Henry

Thierry Henry percaya penyerang Manchester United, Zlatan Ibrahimovic, akan kembali menemui sentuhan jaringan selepas mempamerkan aksi yang hambar kebelakangan ini.

Ibrahimovic meledak lima gol dalam lima aksi pembukaan United tetapi bekas pemain kebangsaan Sweden itu bergelut untuk mencari rentak permainan, kini dia gagal menghasilkan sebarang gol dalam enam perlawanan.

Pemain berusia 35 tahun itu gagal menyudahkan peluang terbuka ketika bertemu Burnley yang berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Walaupun menghadapi masalah di depan gol, bekas bintang Arsenal, Henry, memberi jaminan Ibrahimovic akan kembali meledak gol.

"Semua persoalan dituju ke arah Jose Mourinho dan Wayne Rooney tetapi kini mereka mempersoalkan kredibiliti Zlatan Ibrahimovic," jelas Henry kepada Sky Sports. 

"Ini merupakan kali pertama dia berada di dalam situasi ini sepanjang kariernya.

"Dia sering menjaringkan gol kerana perkara ini tidak pernah berlaku kepada Ibrahimovic.

"Ibrahimovic perlu menghadapi kemelut ini. Saya menyedari dia akan kembali meledak gol dalam perlawanan akan datang."

"Kadang-kala ia merupakan perkara yang biasa untuk tidak menjaringkan gol tetapi pasukan anda masih memenangi perlawanan tetapi dia memiliki peluang untuk menjaringkan gol dalam pertemuan yang amat penting."

Tentang Penulis

Sacha Pisani

Komen