Ia sukar diterima, kata Gracia yang mahukan sistem VAR

Oleh Penulis Jemputan 11 Disember 2018 93
Ia sukar diterima, kata Gracia yang mahukan sistem VAR
Pengurus Watford, Javi Gracia, menyertai senarai pengurus yang mahukan sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) diperkenalkan dalam Liga Perdana Inggeris selepas pasukannya terikat 2-2 dengan Everton di Goodison Park, awal pagi tadi.

Beberapa keputusan pengadil tidak memihak Watford dan bintang Everton, Richarlison, menjaringkan gol pembukaan kontorversi berdepan bekas kelabnya itu.

Jaringan itu terhasil selepas Theo Walcott dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Pertahanan Everton, Yerry Mina, turut terlepas daripada layangan kad kuning kedua selepas terlibat dalam insiden bersama Isaac Succes.

Watford memaparkan perwatakan yang besar dalam aksi di Goodison Park.

Mereka bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului perlawanan dalam babak kedua menerusi jaringan sendiri Seamus Coleman dan tandukan Abdoulaye Doucoure.

Namun, mereka dikecawakan gol saat-saat akhir daripada Lucas Digne.

Gracia berpendapat keputusan perlawanan itu mungkin berubah andai sistem VAR digunakan.

"Saya memilih untuk tidak bercakap mengenai pengadil perlawanan.

"Jika VAR dapat digunakan dalam perlawanan itu, keputusan mungkin berpihak kepada kami.

"Apapun, saya tetap berbangga dengan barisan pemain saya," katanya kepada BBC Sports.

Kedua-dua insiden itu berlaku dalam perlawanan yang membosankan dalam babak pertama.

Namun, aksi bertukar rancak menerusi tiga jaringan yang terhasil dalam babak berikutnya.

Watford di landasan terbaik untuk mengakhir kemarau enam perlawanan tanpa kemenangan, namun Digne enggan menamatkan sumpahan itu menerusi jaringan cantik pada minit ke-96 yang jelas mengecewakan Gracia.

"Ia sukar untuk diterima memandangkan kami menguasai babak kedua.

"Kami bolos pada saat-saat akhir dan walaupun ia menyakitkan, kami tetap akan meneruskan aksi dan semangat yang sama seperti itu.

"Beberapa keputusan yang tidak dapat diterima berlaku dalam babak pertama.

"Selepas itu, kami meneruskan perlawanan dengan keyakinan yang tinggi," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen