Hull City dijangka kehilangan khidmat Musa Odubajo selama enam bulan selepas pemain pertahanan itu mengalami kecederaan patah tulang lutut.

Odubajo mengalami kecederaan lutut yang serius ketika menjalani latihan dan pendatang baru Liga Perdana Inggeris, Hull, telah mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan semalam.

Walaupun ligamen lutut Odubajo berada dalam keadaan baik, namun pemain berusia 23 tahun itu akan menjalani pembedahan minggu depan untuk menstabilkan tulang lututnya yang patah.

Ia adalah satu lagi tamparan untuk Odubajo, yang kini dalam persediaan untuk membuat kemunculan semula selepas mengalami kecederaan terseliuh lutut semasa hujung musim lalu.