Pengurus Southampton, Mark Hughes, berkata khabar angin dia bakal dipecat oleh kelab adalah sesuatu yang tidak perlu difikirkan.

Laporan mendakwa bekas pengendali QPR, Leicester City dan Swansea City, Paulo Sousa, bakal menggantikan tempat Hughes di Southampton.

Hughes mengekalkan The Saints dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu tetapi kini hanya dibezakan dengan kutipan gol daripada zon penyingkiran selepas gagal meraih sebarang kemenangan sejak 1 September lalu.

Kekalahan 2-3 di tangan Fulham, Sabtu lalu, diikuti dengan penyingkiran daripada saingan Piala Liga di tangan Leicester menerusi sepakan penalti, meningkatkan tekanan terhadap Hughes.

Namun, bekas pengendali Wales itu mendakwa dia tidak berasa tertekan dengan spekulasi itu walaupun dia dijangka bakal dipecat.

"Saya rasa berdasarkan pengalaman lalu, secara jujur ia adalah sesuatu yang tidak perlu dihiraukan," kata Hughes.

"Saya tahu bagaimana perkara ini dijalankan. Realitinya, jika orang ramai menganggap seseorang pengurus itu berada di bawah tekanan, semua agensi sukan akan mendapatkannya.

"Bincang dan cuba untuk mendapatkan kuasa serta berkata 'dengar, ini adalah calon terbaik jika anda fikirkan untuk perubahan'.

"Itu yang berlaku. Saya faham tentangnya, tiada masalah. Orang ramai hanya menjalankan tugas tetapi jika ia terlalu jelas menampakkan sesebuah agenda, ia menguntungkan mereka. Perkara itu menyakitkan hati saya secara jujur."

Hughes dipecat Stoke City musim lalu tatkala The Potters tersingkir ke Liga Kejuaraan walaupun mendapatkan pengganti pengurus dari Wales itu dan dia faham spekulasi yang tular memberi kesan kepada prestasi buruk Southampton.

"Ia membawa kepada keputusan buruk," tambah Hughes.

"Hari ini, media di luar sana cuba mewujudkan satu agenda apabila ia tidak melihat kepada fakta sebenar atau realiti mengenai situasi dalam kelab.

"Jadi, anda harus membiasakan diri dengannya. Saya pernah katakan sebelum ini, jika anda mendapatkan keputusan baik, tekanan itu akan berlalu pergi kepada orang lain.

"Bukan saya sahaja pengurus yang sedang mengendalikan pasukan dalam kelompok bawahan dan gagal mencapai keputusan baik ketika ini. Namun, saya terima apa yang berlaku.

"Saya telah berada dalam sukan ini untuk tempoh yang lama. Ia tidak merisaukan saya. Kami mahu mendapatkan keputusan baik dan itu yang saya sampaikan kepada pemain.

"Ketika ini, ia berkisar tentang orang ramai tidak dibenarkan untuk bertanya anda selaku pemain atau secara individu. Jika ada, kami bersalah kerana memberikan mereka peluang."