Heung-Min sedih sebelum cipta jaringan hebat

Oleh Penulis Jemputan 26 November 2018 5322
Heung-Min sedih sebelum cipta jaringan hebat
Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-Min, mengakui sedih sebelum menghasilkan jaringan hebat ketika membantu pasukannya menewaskan Chelsea 3-1, awal pagi semalam.

Dele Alli dan Harry Kane meletakkan Spurs mendahului 2-0 selepas 16 perlawanan di Wembley tetapi Heung-Min meraih beberapa peluang untuk melebarkan kedudukan.

Usaha pemain Korea Selatan itu dinafikan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga, sebanyak dua kali sambil dua lagi percubaannya tersasar.

Namun, dia bangkit penuh bergaya menerusi jaringan solo pada minit ke-54 untuk mengejutkan The Blues.

Selepas perlawanan, pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan dia berasa telah membuatkan motivasi pasukannya menurun sebelum menghasilkan gol ajaib untuk memadamkan kesilapan sebelum itu.

"Saya sedih kerana rakan sepasukan menjalankan tugas dengan baik dan apa yang berlaku jika saya lebih tajam menyudahkan peluang menentang pasukan besar," katanya.

"Saya meraih banyak peluang tetapi mensia-siakannya. Saya sedih buat rakan sepasukan tetapi tidak berputus asa dan terus menyumbat gol hebat. Saya berasa sangat hebat.

"Hantaran Alli sukar dipercayai. Pastinya hebat menghasilkan gol sebegitu dan saya amat bangga."

Keputusan itu bermakna Spurs menggantikan Chelsea di tangga ketiga liga dan Heung-Min percaya ia merupakan salah satu aksi terbaik musim ini.

"Kami mempamerkan perwatakan hebat dengan banyak deretan peluang," tambah Heung-Min.

"Saya rasa semua orang menikmatinya dan kami berhak menang.

"Ia sukar dipercayai oleh semua orang dan pemain. Saya sangat gembira mengenainya, meraih tiga mata menentang pasukan besar seperti Chelsea, salah sebuah pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris. Kami menangani mereka."
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen