Henderson tidak berselindung rampas posisi De Gea 

Oleh Shaiful Shamsudin 3 September 2020 599
 Henderson tidak berselindung rampas posisi De Gea 
Dean Henderson memberi amaran kepada David de Gea bahawa dia menyasarkan tempat dalam skuad utama Manchester United.

Selepas dipinjamkan di Sheffield United musim lalu, Henderson kembali ke Old Trafford dan menandatangani perjanjian lima tahun bulan lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu, yang belum membuat penampilan senior untuk Manchester United, telah memulakan 36 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2019-20.

Sehubungan itu, Henderson tidak sabar untuk mengawal gawang buat pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer berkenaan selepas De Gea dikritik hebat musim lalu ekoran beberapa kesilapan mudah. 

"David de Gea merupakan penjaga gol utama yang hebat dan tonggak paling penting selama bertahun-tahun. Dia sangat hebat," kata penjaga gol itu kepada akhbar UK.

"Ia merupakan sebahagian daripada cita-cita saya untuk memiliki karier sepertinya di peringkat kelab jadi saya akan bekerja keras sebaik melaporkan diri pada hari pertama pra-musim bagi merebut peluang dalam kesebelasan utama kerana ia adalah sesuatu yang saya sering dambakan.

"Saya semakin dekat jadi saya tidak akan menyerah. Saya akan memberi tekanan. Saya menghormati David, dia pernah menjadi pemain hebat untuk kelab ini biarpun bukanlah yang terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Semuanya bergantung kepada diri saya sendiri. Saya sedar cabaran yang akan dihadapi, Saya sudah bersedia untuk itu. "

 

Henderson sempat dipinjamkan ke Stockport County, Grimsby Town, Shrewsbury Town dan Sheffield United dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Begitupun, persembahannya musim lalu membuktikan bahawa dia mampu menggantikan De Gea, apatah lagi Henderson sedar dia perlu terus beraksi. 

"Saya tidak mahu berangan bahawa tahap persembahan saya akan meningkat dengan hanya duduk di bangku simpanan," katanya.

"Saya memerlukan aksi."

Manchester United akan memulakan kempen EPL dengan menentang Crystal Palace pada 20 September ini. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen