Kelab Hebei China Fortune yang bersaing di Liga Super China bersedia menawarkan kontrak lima tahun bernilai €500 juta (RM2.3 bilion) bagi mendapatkan khidmat bintang Barcelona, Lionel Messi.

Hebei Fortune yang kini dikendalikan bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini dilaporkan bersedia menawarkan kontrak lumayan itu bagi mengelakkan daripada pemain berusia 29 tahun itu mengikat kontrak baru.

Hebei Fortune merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan pada tahun 2010 dan kini sedang beraksi buat julung kalinya di Liga Super China.

Bagaimanapun, mereka telah berbelanja besar bagi mengesahkan status selaku pasukan gergasi apabila berjaya mendapatkan khidmat bekas penyerang Paris Saint-Germain, Ezequiel Lavezzi dan bekas penyerang AS Roma, Gervinho.

Pembelian tersebut turut meletakkan Lavezzi sebagai pemain yang menerima bayaran paling tinggi dengan GBP493,000 (RM2.7 juta) seminggu.

Sementara itu, Pellegrini turut difahamkan mahu mendapatkan bintang Chile, Alexis Sanchez.

"Jika Alexis mahu sertai saya disini, kami sudah bersedia untuk menerima kehadirannya. Dia boleh datang ke China untuk sertai kami bila-bila masa,"ujar Pellegrini.

Hebei dilaporkan sedia menawarkan gaji mencecah GBP500, 000 (RM2.8 juta) bagi memikat Alexis.