Eden Hazard meluahkan perasaan terujanya beraksi dalam formasi 3-4-3 yang diterapkan oleh pengendali Chelsea, Antonio Conte, yang membenarkan penyerang itu bebas beraksi di bahagian tengah padang.

The Blues menewaskan Leicester City 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang menyaksikan Diego Costa, Hazard dan Victor Moses menjaringkan gol.

Ia merupakan kemenangan kedua berturut-turut Chelsea yang dengan menggunakan taktikal pengendali dari Itali itu.

"Saya gemar beraksi di bahagian tengah padang kerana ia membenarkan saya bergerak dengan bebas," kata Hazard.

"Saya bermain dengan sistem ini dengan pasukan Belgium. Kami dapat mengawal bola dengan baik ketika melancarkan serangan dan ia amat berkesan.

"Kami telah melakukan segala-galanya -- kami mencipta banyak peluang dan menjaringkan gol. Kami juga bertahan dengan baik.

N'Golo Kante berkata dia amat gembira kerana dapat bertemu bekas pasukannya.

"Ia merupakan satu perlawanan yang istimewa buat saya setelah melalui musim yang amat menarik bersama Leicester. Untuk berdepan mereka adalah sesuatu yang amat istimewa.

"Saya amat gembira dengan kemenangan ini kerana sebagai pemain Chelsea, ia merupakan satu kepentingan buat kami untuk meraih keputusan ini.

"Jika berpeluang, saya mahu menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya!."