Hazard pertahan peranan Loftus-Cheek bersama Chelsea

Oleh Staff Writer 8 Ogos 2018 579
Hazard pertahan peranan Loftus-Cheek bersama Chelsea
Eden Hazard menyatakan keyakinan terhadap kemampuan yang dimiliki Ruben Loftus-Cheek dan percaya rakan sepasukannya itu bersedia untuk beraksi bersama skuad utama Chelsea.

Pemain tengah England itu, yang menikmati tempoh pinjaman bersama Crytal Palace musim lalu, melakukan 24 penampilan dalam saingan liga dan berada dalam skuad Piala Dunia di bawah kendalian Gareth Southgate.

Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri, kini dilaporkan bersedia untuk memberikan peluang buat pemain berusia 22 tahun itu untuk membuktikan keupayaannya di Stamford Bridge.

Hazard, yang beraksi menentang Loftus-Cheek ketika aksi penentuan tempat ketiga di Russia, yakin di mana rakan sepasukannya itu patut berada menjelang saingan musim 2018/19.

"Loftus-Cheek adalah pemain hebat," kata Hazard.

"Dia masih muda dan saya rasa jika kami dapat mengekalkannya dalam pasukan musim ini, ia akan memberikan kelebihan.

"Saya tahu kemampuannya. Dia muda dan sangat kuat. Masa depannya sangat cerah."

Loftus-Cheek melakukan penampilan pertama buat The Blues pada Januari 2015 dan telah beraksi dalam 22 perlawanan buat kelab London itu.

Dia berada di bangku simpanan sewaktu perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Arsenal, minggu lalu.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen