Hazard pemain terbaik EPL bulan September

Oleh Penulis Jemputan 13 Oktober 2018 71
Hazard pemain terbaik EPL bulan September
Prestasi cemerlang Eden Hazard membenarkan dirinya diangkat selaku Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk bulan September.

Bintang Chelsea itu, yang dikaitkan dengan perpindahan menyertai Real Madrid, menjaringkan lima gol dalam empat perlawanan dan skuad kendalian Maurizio Sarri itu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak musim bermula.

Hazard menjaringkan hatrik ketika berdepan Cardiff City dan dia terus kekal dalam persaingan merebut Ballon d'Or bagi tahun 2018.

Penyerang Belgium itu mendedahkan keinginannya untuk beraksi bersama Real tetapi menegaskan akan kekal bersama pasukan sekurang-kurangnya hingga bulan Januari. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen