Hazard akan tinggalkan Chelsea penghujung musim ini 

Oleh Staff Writer 26 November 2018 3414
Hazard akan tinggalkan Chelsea penghujung musim ini 
Bintang Chelsea, Eden Hazard, mengakui dia mungkin akan meninggalkan kelab London itu penghujung musim ini.

Hazard kini memasuki musim ketujuh di Stamford Bridge dan kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi LaLiga, Real Madrid.

Pemain Belgium itu, yang memiliki kontrak sehingga 2020, menjelaskan dia mungkin berhijrah selepas tamat musim ini tetapi berkemungkinan untuk melanjutkan tempoh di Chelsea.

"Buat masa sekarang, saya kekal di Chelsea," kata Hazard.

"Saya masih memiliki kontrak setahun lagi selepas Jun 2019. Jika tidak diperbaharui, mungkin saya akan berpindah. Saya tidak melihat diri saya berhijrah Januari nanti. Saya tidak akan melakukannya untuk kelab dan peminat.

"Mungkin ia berlaku musim panas nanti tetapi mungkin juga saya akan menghabiskan seluruh karier di Chelsea."

Tatkala dia kerap dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid, Paris Saint-Germain (PSG) juga menjadi salah satu destinasi berpotensi.

Namun, bekas pemain Lille itu menolak spekulasi ke juara Ligue 1 itu, dengan berkata: "Sebelum ini saya pernah berhubung dengan PSG tetapi saya tidak berminat.

"Jika saya kembali ke Perancis satu hari nanti, ia mungkin Lille tetapi hari ini, saya tidak nampak akan melakukannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen