Mikel Arteta memuji kemenangan Arsenal ke atas Chelsea sebagai 'istimewa' selepas pasukannya menamatkan tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal memberikan hadiah Hari Krismas buat Arteta, dengan jaringan gol yang disumbang oleh Alexandre Lacazette, Granit Xhaka dan Bukayo Saka ketika menang 3-1.

Chelsea mengurangkan defisit jaringan dengan satu gol daripada Tammy Abraham sementara Jorginho gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal ke tangga ke-14, menjelang pertemuan seperti berdepan Brighton and Hove Albion dan West Brom.

"Sememangnya ia adalah pelawanan yang besar buat kami," kata Arteta kepadaSky Sports.

"Kami sangat kecewa dengan keputusan sebelum ini. Pemain-pemain terluka, sama juga dengan penyokong Arsenal.

"Hari ini hari yang istimewa. Boxing Day, bermain dalam derby London, di Stadium Emirates, dan kembali menang dan kami berjaya melakukannya."