Hanya Tottenham tidak dibenarkan miliki dua penyerang -- Mourinho

Oleh Ammar Hakim 12 September 2020 14369
Hanya Tottenham tidak dibenarkan miliki dua penyerang -- Mourinho
Jose Mourinho tidak faham mengapa usaha Tottenham untuk mendapatkan penyerang baru menerima kritikan hebat ketika dia menyasarkan pemain yang tidak 'gentar bersaing'.

Mourinho memberitahu kepada umum semalam bahawa dia dan keinginan kelab untuk membawa masuk penyerang yang mampu memberikan persaingan kepada Harry Kane.

Daripada mendapatkan pemain sokongan, jurulatih itu berkata mahukan pemain yang bukan sahaja bertindak sebagai pemain sokongan kepada Kane.

Kemudian Mourinho ditanya jika Spurs mencari penyerang yang di tahap terbaik dan mampu mengambil alih tempat Kane, Mourinho memikirkan mengapa Chelsea, Manchester City dan Liverpool mampu memiliki pilihan bertaraf dunia sementara pasukannya hanya bergantung kepada kapten England itu.

"Saya pernah berkata sebelum ini, saya tidak berminat dengan situasi sokongan," kata Mourinho. "Saya juga tidak mahu pemain yang tidak mahu bersama pasukan.

"Anda perlu lihat kepada kelab-kelab lain dan mereka memiliki pilihan yang berkualiti dan soalan sebegini tidak timbul. Saya tidak mahu pengurus menyalahtafsirkan kata-kata saya.

"Tetapi sebagai contoh, [Timo] Werner ke Chelsea dan mereka memiliki [Tammy] Abraham dan [Olivier] Giroud, Man City memiliki [Sergio] Aguero dan [Gabriel] Jesus, Liverpool memiliki [Roberto] Firmino, [Divock] Origi, [Mohamed] Salah yang boleh beraksi sebagai penyerang, [Sadio] Mane.

"Ia kelihatan hanya kami tidak memiliki pilihan dan keseimbangan dalam skuad ini."
 
Mourinho menjelaskan dia tidak akan meyakinkan mana-mana pemain untuk datang dan memberikan sokongan kepada Kane, sebaliknya mahukan pemain yang sentiasa berusaha untuk membuktikan kemampuan sebenar.

"Perkara paling utama adalah bukan saya yang perlu meyakinkan penyerang tetapi penyerang tersebut perlu meyakinkan saya.

"Jika pemain itu dibawa masuk ke Tottenham dan tidak mahu bersaing jadi saya tidak memerlukannya. Dia perlu meyakinkan saya."

 

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen