Pemain tengah, Matteo Guendouzi, kini kembali dalam perancangan Mikel Arteta selepas selesai 'perbualaan positif' bersama pengurus pasukan utama Arsenal itu menjelang musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang baru.

Guendouzi hilang tempat beraksi sejak ketibaan Arteta Disember lalu dan tidak tersenarai dalam skuad sejak pertelingkahannya dengan Neal Maupay ketika tewas 2-1 kepada Brighton and Hove Albion.

Bagaimanapun, dia telah kembali dalam sesi latihan skuad uama minggu ini dan Arteta telah membuka pintu buat pemain Perancis B-21 itu untuk memainkan peranan yang lebih banyak musim ini.

"Matteo telah berlatih seperti pemain-pemain lain dalam pasukan," katanya.

"Sememangnya ini adalah musim baru -- semua akan bermula semula. Kami telah berbual secara positif dan kini dia telah kembali berlatih dengan baik bersama pasukan.

"Dia kembali ke Perancis untuk bersama skuad B-21 dan kini sudah kembali bersama kelab."

Arsenal masih lagi mencari pemain tengah baru, dengan wakil Atletico Madrid, Thomas Partey dan Houssem Aouar dari Lyon dikhabarkan dalam senarai The Gunners.

Pengarah Lyon, Juninho, mencadangkan minggu ini bahawa mereka telah menolak sebarang peluang untuk membincangkan tawaran mengenai Guendouzi, yang mungkin digunakan sebagai tambahan daripada yuran perpindahan untuk mendapatkan Aouar.

Tetapi Arteta, yang telah menandatangani Gabriel Magalhaes dan Willian ke dalam skuad sebelum musim baru bermula, enggan membincangkan mengenai perpindahan pemain dengan lebih lanjut.

"Saya tidak mahu membincangkan urusan yang dilakukan secara dalaman. Banyak yang telah tertulis namun ia sekadar berita palsu."