Bekas penyerang Chelsea, Eidur Gudjohnsen, sempat menyindir pengendali Manchester United, Jose Mourinho, selepas pasukan kendaliannya itu dimalukan 4-0 di Stamford Bridge.

Gudjohnsen menerusi laman sosial Twitter menyindir bekas pengendalinya itu selepas menyaksikan Chelsea melakar kemenangan besar ke atas United.

Penyerang veteran Iceland itu yang turut pernah menyarung jersi Barcelona, membantu Chelsea meraih kejuaraan sulung Liga Perdana Inggeris pada tahun 2005.

Meskipun mempunyai hubungan baik dengan Mourinho, Gudjohnsen tidak dapat menahan diri untuk membuat lawak berkenaan dengan perlawanan pada Ahad.