Guardiola: Tanggungjawab Liverpool pastikan bas kami tidak diserang

Oleh Penulis Jemputan 6 Oktober 2018 541
 Guardiola: Tanggungjawab Liverpool pastikan bas kami tidak diserang
Pep Guardiola berkata adalah menjadi tanggungjawab Liverpool untuk memastikan bas Manchester City tidak diserang menjelang pertembungan Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara mereka, hujung minggu ini.

Perlawanan esok menandakan kehadiran semula City ke Anfield sejak kenderaan mereka dibaling botol dan bunga api sebelum pertemuan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu.

Liverpool memohon maaf di atas kerosakan yang dialami seteru mereka itu sambil mengutuk keras tindakan individu yang terlibat.

Dua pegawai polis Merseyside cedera dalam kejadian tersebut yang mendorong Guardiola untuk menegaskan kehadiran polis tidak perlu dalam perlawanan ini.

"Ia adalah sesuatu untuk Liverpool, bukan saya," kata pengurus City itu dalam sidang akhbar. "Cara terbaik untuk melindungi bas kami adalah dengan menyeru penyokong Liverpool agar pergi ke stadium.

"Mengapa polis perlu berada di sana? Untuk apa? Kedua-dua pasukan hadir di sana untuk memperagakan perlawanan Liga Perdana.

"Saya ingin polis pulang ke rumah pada jam 4:30 petang untuk bersama dengan keluarga mereka, santai dan menikmati persembahan itu.

"Tetapi, itu semua bergantung kepada penyokong Liverpool, bukan Manchester City."

City dijangka mengambil laluan yang berbeza dalam kunjungan ke Anfield dalam usaha mengelak insiden April lalu berulang. 
 

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen