Guardiola puji bakat 'istimewa' Sane 

Oleh Penulis Jemputan 29 Oktober 2017 21
Guardiola puji bakat 'istimewa' Sane 
WEST BROM 2 MANCHESTER CITY 3

Pep Guardiola memuji persembahan Leroy Sane sambil menganggap pemain itu mempunyai bakat istimewa selepas membantu Manchester City melakar kemenangan 3-2 di West Brom dalam Liga Perdana Inggeris, malam tadi.


Pemain antarabangsa Jerman itu membuka jaringan dan membuat bantuan gol untuk Fernandinho selepas Jay Rodriguez menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah, yang semuanya berlaku dalam tempoh 15 minit pertama di The Hawthorns.

Pemain berusia 21 tahun itu telah merekodkan enam jaringan dan lima bantuan gol dalam tujuh penampilan terakhir Liga Perdana untuk City, yang kini di puncak liga dan kembali berkelebihan lima mata ke atas Manchester United, dengan pasukan Jose Mourinho sebelum itu mengalahkan Tottenham 1-0.

Guardiola berkata Sane masih mempunyai banyak ruang untuk memperbaiki prestasi tetapi berasakan dia berada di landasan tepat untuk berkembang.

"Dia seorang pemain yang mempunyai bakat istimewa," katanya kepada BBC Sport. "Ia penting bagi pemain tengah kami."

"Dia masih muda, ada banyak perkara yang dia boleh diperbaiki."

Ederson membuat kesilapan untuk membenarkan Rodriguez menjaringkan gol dan hantaran buruk Nicolas Otamendi kepada penjaga gawang memberi peluang kepada Matt Phillips menyumbat masuk pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, Guardiola gembira pemainnya tidak hilang fokus selepas memberikan gol mudah kepada lawan. 

"Kami menang, itulah yang paling penting. Kami tidak panik pada kedudukan 1-1 atau 3-2 pada minit terakhir. Kami bermain dengan baik," kata pengurus City itu.

"Kami melepaskan tiga peluang dan kemudian anda lihat berapa banyak peluang kami cipta, peluang yang jelas, dan menjaringkan hanya tiga gol, kita akan selalu menyesal. Tetapi itulah bola sepak.

"Kami melakukannya di tempat yang sukar. Saya begitu gembira.

"Mereka bermain dengan lima pemain di belakang dan dua penyerang, biasanya mereka tidak bermain seperti ini. Sudah tentu, dia tahu pemainnya dan mereka tahu apa yang harus mereka lakukan.

"Kami bermula dengan baik sekali lagi. Kami sentiasa memulakan perlawanan dengan baik, kami boleh perbaiki apabila kami menang, maka itu baik," kata Guardiola lagi.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen