Pep Guardiola menegaskan Manchester City masih lagi mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi terus mempamerkan aksi cemerlang sepanjang musim 2017-18.

City berada pada tahap yang berbeza berbanding pasukan lain musim ini, dengan berjaya merekodkan 38 gol dalam 11 perawanan di samping mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan saingan peringkat kumpulan berbaki dua perlawanan.

Jentera serangan The Citizens yang dibarisi oleh Kevin De Bruyne, Leroy Sane, David Silva, Raheem Sterling, Sergio Aguero dan Gabriel Jesus menyerlah sejak pembukaan musim ini dan berjaya memberikan kelebihan lapan mata di persada liga.

Bagaimanapun, Guardiola yakin untuk mempertingkatkan lagi mutu permainan bagi menghadapi jadual padat bulan Disember.

"Saya berasakan terdapat ruang untuk menyaksikan kami beraksi dengan lebih baik.

"Kami mampu mempertingkatkan mutu permainan dalam perlawanan akan datang," katanya.