Guardiola kecewa Pulis dipecat

Oleh Penulis Jemputan 21 November 2017 2329
Guardiola kecewa Pulis dipecat
Pep Guardiola menyifatkan Tony Pulis sebagai individu yang baik dan luar biasa selepas pengurus itu dipecat oleh West Brom.

Kelab itu semalam mengumumkan bahawa mereka telah menamatkan kontrak jurulatih berkenaan berikutan tewas 4-0 kepada Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris, Sabtu lalu.

Keputusan itu menambahkan lagi rekod buruk West Brom pada musim ini, dengan hanya melakar dua kemenangan daripada 21 perlawanan liga.

Guardiola mengakui dia kecewa dengan perkhabaran itu dan berkata dia berharap dapat meluangkan masa berbual dengan bekas pengurus berusia 59 tahun itu pada masa akan datang.

"Pertama sekali, saya begitu menghormati Tony, seperti sebelum ini dengan (bekas bos West Ham, Slaven) Bilic," katanya dalam sidang akhbar.

"Ketika saya masih muda, mereka berkata di England, mereka menghormati kontrak dan pengurus tidak akan dipecat. Sekarang, ia begitu sukar. Di mana sahaja, ia sama. Kita perlu menerimanya, kita tahu tentangnya.

"Semua orang tahu apabila kami tidak mendapat keputusan ... pengurus-pengurus di sini boleh memenangi Liga Perdana dan beberapa bulan kemudian mereka dipecat. Anda perlu bekerja dalam situasi itu.

"Saya sangat kecewa kerana saya mempunyai hubungan yang baik dengan Pulis. Setiap kali kami bertemu West Brom, dia menunjukkan sikap sebagai jurulatih yang hebat, begitu baik.

"Kami selalu minum bersama. Semoga kami boleh melakukannya semula pada masa akan datang," tambahnya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen