Guardiola: Kecergasan tidak akan jadi masalah City

Oleh Penulis Jemputan 26 Disember 2017 546
Guardiola: Kecergasan tidak akan jadi masalah City
Pep Guardiola percaya Manchester City mampu mengelak daripada menghadapi masalah kecergasan sepanjang musim perayaan ini.

Kemenangan ke atas Bournemouth, Sabtu lalu, menyaksikan City melanjutkan rekod kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada 17 perlawanan.

Mereka akan berkunjung ke St. James Park untuk bertemu Newcastle United hari ini sebelum berdepan Crystal Palace pada 31 Disember, dan melengkapkannya dengan menghadapi Watford di Stadium Etihad pada 2 Januari.

Bagaimanapun, Guardiola tidak risau mengenai tahap kecergasan pemain-pemainnya.

“Saya tidak berasakan City akan mengalami masalah kecergasan," katanya.

“Ia mungkin berlaku tetapi kami memiliki pemain yang secukupnya.

"Gabriel Jesus tidak bermain bertemu Bournemouth -- dia telah bermain selama 120 minit berdepan Leicester dan dia merupakan salah seorang pejuang terbaik pernah saya saksikan sepanjang hidup saya. Dia banyak membantu pasukan.

“Danilo, Bernardo Silva, dan Ilkay Gundogan telah membantu pasukan ketika bertemu Bournemouth. Tidak terlupa, kami juga mempunyai Yaya Toure.

“Sememangnya, kami akan mengubah kesebelasan utama pasukan. Kami perlu beraksi setiap empat hari. Setiap pemain akan berpeluang untuk menampilkan persembahan terbaik," katanya.

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen