Guardiola jadi inspirasi Tite

Oleh Staff Writer 17 November 2018 246
Guardiola jadi inspirasi Tite
Ketua jurulatih Brazil, Tite, berkata beliau menjadikan cara pengurus Manchaster City, Pep Guardiola, yang mencari keseimbangan dalam pasukan sebagai motivasi dalam membina skuad kendaliannya.

Jaringan penalti Neymar memutlakkan kemenangan 1-0 Selecao ke atas seteru Amerika Selatan mereka, Uruguay, dalam perlawanan persahabatan di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Di sebalik kehilangan ramai tonggak utama, Uruguay yang diterajui dua penyerang berbisa, Edinson Cavani dan Luis Suarez, masih mampu memberikan ancaman dan Tite lega pasukannya itu berjaya menyekat La Celeste daripada menghasilkan sebarang jaringan.

"Ini adalah pertembungan dua pasukan Amerika Selatan. Walaupun ia hanya perlawanan persahabatan, kami tetap menghormati Uruguay," katanya dalam sidang media.

"Mereka bermain dalam dua sistem berbeza dan melakukannya dengan baik.

"Mereka mencipta peluang dengan mencari jalan melakukan serangan.

"Mereka mempunyai dua penyerang berbisa di bahagian depan.

"Amat sukar untuk mengawal permainan mereka di atas padang kerana mereka bermain dengan sangat baik.

"Dalam aksi kali ini, Uruguay tidak dapat melepasi pertahanan kami.

"Ini merupakan kali ketiga kami tidak dibolosi.

"Kami berada di England dan apabila saya melihat cara permainan Manchester City, kami mahu bermain dengan seimbang seperti mereka," katanya lagi.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen