Guardiola intai tugas kendali skuad kebangsaan

Oleh Penulis Jemputan 22 November 2018 2206
Guardiola intai tugas kendali skuad kebangsaan
Pep Guardiola tidak menolak untuk beralih ke pengurusan antarabangsa sambil percaya karier dalam bola sepak terlalu pendek untuk menafikan setiap cabaran baru.

Pengendali Manchester City itu telah menikmati kejayaan di peringkat kelab, menjulang 24 trofi utama di mana 14 daripadanya bersama Barcelona tatkala dia meraih kejayaan Liga Juara-Juara Eropah dua kali.

Berbekalkan kejayaan di peringkat Eropah, dia mengemudi Bayern Munich dan kini bersama City tatkala tugasnya di peringkat kelab masih belum selesai.

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu tidak menolak untuk beralih ke arena antarabangsa sekiranya tiba waktu untuk dia berubah angin.

"Saya mahu menjadi pengurus buat skuad kebangsaan. Saya akan sukakannya, ya.

"Ia akan berlaku kerana setiap tiga hari, saya akan tetap melibatkan diri tetapi lebih tenang, bermain golf tetapi sekarang saya tiada masa untuk itu.

"Cepat atau lambat, ia akan berlaku seandainya saya berpeluang bersama skuad kebangsaan dan jika mereka memberikan tawaran."

Dalam masa sama, Guardiola berpendapat mencuba sesuatu yang berbeza dalam karier bola sepak merupakan satu keperluan.

"Anda merantau. Di penghujung karier bola sepak selaku pemain dan selepas bergelar pengurus, ia hebat. Saya tinggal selama enam bulan di Mexico serta negara Arab, Qatar.

"Sebagai seorang pengurus, saya telah tinggal di Jerman dan kini di sini. Saya belajar bahasa Jerman sebelum ia sukar untuk difahami. Keluarga saya tidak bercakap Bahasa Inggeris dan kini mereka bertutur dengan sempurna.

"Mengembara adalah sesuatu yang hebat. Saya menggalakkan orang ramai melakukannya. Anda harus bermula. Saya juga mahu pemain saya melakukannya.

"Lakukan apa sahaja kerana karier bola sepak begitu pendek. Anda akan bangun pagi dan mendapati segalanya telah berakhir. Masa berjalan dengan cepat."

Tentang Penulis

Penulis Jemputan

Komen