Guardiola gembira Toure kembali menyerlah

Oleh Harry West 26 Disember 2016 0
Guardiola gembira Toure kembali menyerlah

MANCHESTER CITY 3 HULL CITY 0

Pengurus pasukan, Pep Guardiola, berkata Manchester City sangat 'gembira' kerana dapat menurunkan pemain tengah, Yaya Toure, dalam kesebelasan utama.


Pemain kebangsaan Ivory Coast itu telah disisihkan pada awal musim selepas perselisihan faham di antara Guardiola dan ejen Toure, Dimitri Seluk.

Tetapi akhirnya Toure kembali dalam skuad utama pasukan, meledak gol pembukaan menerusi sepakan penalti dalam perlawanan yang berkesudahan menang 3-0 ke atas Hull City dalam aksi 'boxing day' Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kelechi Iheanacho dan jaringan sendiri Curtis Davies menambah jaringan perlawanan, namun pengendali dari Sepanyol itu memberikan pujian sepenuhnya kepada Toure apabila mempamerkan aksi pemain terbaik perlawanan.

"Sejak kembali dalam kesebelasan utama, dia telah memberikan aksi yang mantap," kata Guardiola kepada Sky Sports.

"Dia memiliki personaliti yang besar dan sentiasa bermain dengan bijak. 

"Kami sangat gembira menyaksikan dia kembali beraksi, Toure merupakan pemain yang penting buat kami.

"Pada Ahad, anak saya telah memberitahu kepada saya bahawa saya akan menjaringkan gol, saya sangat gembira kerana saya berjaya melakukannya," kata Toure pula.

Pasukan lawan berjaya mengawal gawang gol sehingga minit ke-72 dan hampir mendahului perlawanan menerusi tandukan Michael Dawson tetapi berjaya dikeluarkan oleh Bacary Sagna.

Ia merupakan perlawanan yang penting buat City tetapi Guardiola menyifatkan mereka berjaya meraih tiga mata yang sangat berharga.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar," kata Guardiola. "Kami mengawal perlawanan dalam separuh masa pertama, kami memiliki sedikit masalah dalam babak kedua perlawanan, namun Sagna muncul sebagai penyelamat kami.


City kehilangan khidmat John Stones pada minit ke-18 kerana mengalami kecederaan lutut tetapi Guardiola mengesahkan pertahanan itu akan kembali bersedia untuk perlawanan seterusnya berdepan Liverpool.

 

Tentang Penulis

Harry West

Komen