Pep Guardiola terpanggil untuk menyeru pakar bantuan gol Manchester City, Kevin De Bruyne, agar melakukan sumbangan yang lebih besar.

Pemain tengah Belgium itu mencipta peluang buat Raheem Sterling dalam kemenangan 5-0 ke atas Norwich City, awal pagi tadi, untuk melebarkan rekod bantuan golnya kepada angka ke-20 dalam musim ini bagi menyamai pencapaian Thierry Henry dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

De Bruyne sendiri turut melakar dua gol -- terutama sebelum waktu rehat -- untuk The Citizens melangkaui pencapaian 100 gol dalam semusim.

Ini bermakna dia menamatkan kempen liga musim ini dengan 13 gol, pulangannya yang paling produktif di England.

"Kami sedar bentuk bantuan dan kualiti yang dimilikinya tetapi kami memerlukan cita-citanya," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

"Hari ini dia menyumbat dua gol yang cemerlang. Sudah tentu, yang jaringan pertamanya itu istimewa."


Pep's high-flying boys! ??

? #ManCity | https://t.co/axa0klD5re pic.twitter.com/U6CwJr9RNM



Guardiola tidak gusar sekiranya hasrat De Bruyne untuk meraih pencapaian individu boleh menjejaskan prestasi keseluruhannya.

"Saya berpesan kepada mereka supaya beraksi secara bersederhana, seperti yang anda tahu. Jangan terlalu fokus untuk mencapainya kerana (lambat laun) ia akan berlaku juga," katanya.

"Dia mencipta satu bantuan gol tetapi boleh memecahkan rekod dengan mudah. ​​Dia kini berkongsi pencapaian itu di samping Titi Henry. Dia beraksi dengan sangat baik.

"Sasaran individu merupakan fokus untuk mencapai sesuatu. Ia sesuatu yang bagus. Acap kali atlet mahu mengatasi rekod dan menjadi lebih baik selain menawarkan manfaat kepada pasukan."

De Bruyne bukan satu-satunya pemain City yang mencatat rekod individu yang unggul musim ini apabila Ederson merekodkan aksi ke-16 tanpa dibolosi untuknya memenangi Sarung Tangan Emas EPL.

Anugerah itu mendorong Guardiola untuk memuji persembahannya dalam aksi di Stadium Etihad awal pagi tadi -- menyelamatkan percubaan satu lawan satu dengan Teemu Pukki .

"Saya rasa hari ini dia layak mendapatkannya kerana dia menafikan dua percubaan yang luar biasa. Tanpa dia, ia tidak mungkin terjadi," tambahnya.

"Dia melalui musim yang sangat baik dan layak meraih apa yang telah dilakukannya. Kami sangat gembira dengan penghargaan ini."




David Silva menerima sambutan hangat daripada rakan sepasukan dan kakitangan di belakang tabir City ketika dia memperagakan persembahan terakhir dalam EPL.

Bekas perancang Sepanyol itu masih boleh beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) bulan depan untuk mengakhiri karier selama sedekad di Manchester dengan gemilang dan sebaik peminat dibenarkan kembali ke stadium, Guardiola yakin Silva akan diberikan majlis perpisahan yang lebih sesuai.

"Itu adalah gaya perpisahan paling kecil sepanjang zaman," kata Guardiola sambil tertawa kecil.

"Dia akan kembali untuk menerima tepukan daripada peminat kami.

"Saya mempunyai perasaan bahawa mereka mahu melakukannya. Saya rasa reaksi daripada barisan pemain dan kakitangan kami membuktikan penghormatan yang dimilikinya selama 10 tahun yang luar biasa ini di kelab ini.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukannya untuk kelab ini."