Pep Guardiola yakin dia harus menyalahkan diri sendiri atas prestasi terumbang ambing Manchester City pada awal musim ini.

The Citizens akan mengekori kedudukan Liverpool jika mereka mengalahkan Brighton & Hove Albion di Etihad Stadium, awal pagi esok -- kelebihan pertama daripada dua baki dua perlawanan,

Bekas juara dua musim lalu itu diperkuatkan lagi dengan rentak 13 tanpa kalah dalam empat kejohanan selain semakin tekal selepas mempamerkan prestasi goyah dalam minggu pembukaan 2020-21.

Berikutan dilanda kekecewaan terkandas 1-3 dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) di tangan Lyon Ogos lalu, mereka hanya memang tiga daripada lapan perlawanan pembukaan EPL musim ini.

Kemenangan ke atas Chelsea termasuk Manchester United dalam separuh akhir Piala Liga Inggeris (EFL) baru-baru ini menyaksikan City semakin mendapat rentak sebenar.

Lantas, pengurus itu berasakan ia pasukan mula menerapkan prinsipnya -- satu perkembangan menarik selepas mereka bergelut berikutan tanpa persiapan pra-musim rapi.

"Sejak hari pertama lagi (kami telah memperkenalkan falfasah ini). Kami kehilangannya sedikit musim ini, itu salah saya -- mesejnya tidak jelas tetapi kami kembali sedikit kepada falsafah permainan kami," katanya.




"Kami memperagakan buruk adalah kerana pemain memerlukan masa untuk mendapatkan bentuk terbaik selepas ketiadaan pra-musim.

"Ini sesuatu yang normal, selepas keputusan dan persembahan yang baik, orang akan mula melihat bahawa kami mampu mengulangi pencapaian masa lalu. Itulah cara yang kami perlu teruskan."

Pengurus berbangsa Sepanyol itu juga berasakan peningkatan City dibantu oleh tindakan lebih bijak pemainnya.

"Satu-satunya perbezaan adalah kini kami kurang berlari, sebelum ini kami terlalu banyak berlari," katanya lagi.

"Dalam perlawanan bola sepak, anda perlu banyak berjalan -- sama ada banyak atau kurang berlari.

"Tanpa bola, anda dikerah berlari. Tetapi dengan bola, Anda perlu berada di posisi sendiri dan membiarkan bola bergolek, bukannya anda. Kami semakin meningkat dalam setiap perlawanan."