Sergio Aguero harus membuktikan bahawa dia layak mendapat kontrak baru di Manchester City, kata pengurus Pep Guardiola.

Aguero kembali selepas empat bulan diketepikan ekoran kecederaan lutut ketika City merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Arsenal di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu lalu.

Namun bagi penyerang itu perlu membuktikan kemampuannya untuk meraih kontrak baru bersama City.

"Sergio perlu membuktikan kemampuan, sama seperti kami semua, untuk berhak kekal di sini -- bermain dengan baik, menjaringkan gol dan memenangi perlawanan -- dan selepas itu kelab dan saya akan membuat keputusan," katanya.

"Tetapi jika bermain di tahap terbaik, kami tidak meragui bahawa dia seorang pemain yang perlu dikekalkan kerana dia seorang yang unik, penting kepada kami, penyokong dan semua.

"Tetapi dia telah diketepikan selama empat bulan dan baru sahaja mula berlatih untuk menjaringkan gol -- itu perkara paling penting.

Aguero telah memenangi empat gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan beberapa gelaran domesik sejak berhijrah ke City dari Atletico Madrid pada 2011.

Guardiola tidak hairanlah dapat memiliki penyerang berusia 32 tahun itu -- yang menjaringkan 16 gol dalam 24 perlawanan liga musim lalu -- kembali pulih daripada kecederaan.

"Memiliki Aguero berada di padang, kami lebih baik, kami lebih selamat," katanya.

"Kami sangat merindui dia di saat-saat penting pada akhir musim lalu, tetapi sekarang adalah berita baik bagi kami bahawa dia kembali."