Ole Gunnar Solskjaer terhutang budi kepada Mason Greenwood kerana menyelamatkan Manchester United untuk seri ketika berdepan West Ham.

Paul Pogba memberikan sepakan penalti kerana menghalang percubaan Declan Rice membenarkan Michail Antonio meletakkan pelawat mendahului di Old Trafford pada penghujung separuh masa pertama.

Greenwood meledak gol ke-17 musim ini bagi memastikan satu mata diraih United, yang menaiki tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), dipisahkan satu mata dengan penghuni tangga kelima liga, Leicester City menjelang pertemuan Ahad ini.

Solskjaer mengakui Pogba seharusnya menghalang bola menggunakan muka berbanding menggunakan tangan, tetapi pengendali United itu memberikan pujian penuh buat Greenwood.

"Dia telah menyelamatkan kami beberapa kali dan melakukannya sekali lagi. Dia berada di tahap terbaik sejak diberikan peluang," kata Solskjaer.

"Saya berasakan Cardiff City, perlawanan terakhir musim lalu di amana diturun sebagai pemain terbaik perlawanan tersebut dan kini meningkatkan lagi tahap keyakinan dan mempercayai kemampuan yang dimilikinya. Bakat dan kualiti Greenwood di tahap terbaik.

"Anda menyaksikan dia dalam sesi latihan, anda menjangkakan dia akan menemui sasaran. Menerusi peluangnya dalam separuh masa pertama, dan [Angelo] Ogbonna menghalang percubaan tersebut, percubaan yang sangat baik. Pemain ini turut memberikan corak permainan yang berbentuk fizikal dalam perlawanan.

"Greenwood membuktikan dirinya memiliki sentuhan penyudah berbisa. Saya sudah kehabisan kata-kata untuk menyifatkan Greenwood, dia seorang pemain yang berbisa."

"Mengenai penalti yang diterima West Ham, ia adalah satu tindak balas yang semula jadi. Pogba mengangkat tangan namun seharusnya dia mengetahui perlu menghalang bola itu dengan muka, tetapi bola itu bergerak laju jadi ia merupakan satu tindakan yang luar kawalan."

Keputusan seri awal pagi tadi bermakna United perlu mengelak daripada kekalahan di Leicester Ahad ini bagi menjamin tempat dalam kelompok empat terbaik.