"Generasi Baru' merupakan siri yang memfokus kepada pemain-pemain muda yang membuktikan kemampuan diri mereka sebaris dengan pemain elit pada 2020.

Terdapat perbincangan yang mula mengelilingi bintang bertaraf bintang dalam pembikinan menerusi akademi Manchester United, tetapi pada December 2018, nama Mason Greenwood mula disebut-sebut dengan lebih jelas.

Chelsea tidak pernah tewas dalam saingan Piala Remaja FA sejak 2013 sebelum Greenwood memberikan mimpi buruk kepada mereka, ketika pemain berusia 17 tahun itu melekar jaringan hatrik dalam kemenangan 4-3.

Kadar-kerja, kawalan bola, sentuhan penyudah yang cemerlang menggunakan kedua-dua belah kaki -- adalah bukti dia mampu mencapai tahap yang lebih tinggi dan sebaris dengan pemain terbaik dunia.

Pengganti Van Persie? Atau Robben?

Susuk tubuh Greenwood, gaya larian dan teknik yang dimiliki telah menyaksikan ramai yang membandingkan dia dengan bekas bintang United, Robin van Persie, namun dia mengingatkan Nemanja Matic kepada seorang lagi pemain kelahiran Belanda.

"Saya tidak mahu meletakkan tekanan yang terlalu tinggi kepada Greenwood, tetapi jika saya perlu mengatakan dia mirip dengan seorang pemain, saya boleh mengatakan Robben lebih sesuai untuk dibandingkan dengannya," kata Matic.

Kemampuannya untuk menjaringkan gol menggunakan kedua-dua belah kakinya merupakan igauan buat pertahanan lawan -- jaringan terbarunya berdepan Bournemouth dan Aston Villa membuktikan pemain skuad B-21 England susah diduga.