Sejurus bersambungnya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bulan lalu selepas hampir tiga bulan tertangguh kerana pandemik Covid-19, kelibat beberapa bintang muda mula mencuri perhatian peminat dan pemerhati seluruh dunia.

Pemain tengah menyerang Manchester City, Phil Foden dan penyerang Manchester United, Mason Greenwood tampak mendahului senarai “pemain generasi emas” baru England ketika ini.

"Foden dan Greenwood adalah jenis pemain yang berbeza, Foden lebih kepada pemain tengah menyerang manakala Greenwood adalah seorang penyerang nombor sembilan di atas padang.

"Kedua-dua pemain ini mampu menjadi pemain bintang taruhan buat pasukan masing-masaimg.

"Foden mempunyai kemampuan teknikal yang cukup baik serta mempunyai kepintaran untuk beraksi di mana-mana posisi menyeramg buat City," kata bekas pemain tengah Liverpool, Danny Murphy ketika menjadi tetamu siaran secara langsung aksi Manchester City dan Liverpool bersama Gary Stevens di saluran CH813 Astro Supersport pada Jumaat.



Stevens turut senada dengan Murphy apabila memuji usaha Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dalam membentuk sukad kebangsaan bawah umur yang ampuh kini.

"FA tampak berjaya menyemai DNA sendiri selepas kejayaan barisan remaja England muncul juara Piala Dunia bawah 17 serta 19 tahun dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

"Pemain muda Inggeris kini mempunyai kemahiran teknikal dan kemampuan skill individu lebih tinggi berbanding dulu.

"Hari ini pemain-pemain muda England bermain mirip pemain Eropah daripada cara yang mereka bermain,” kata Stevens.

Murphy pula berasa, dengan sebahagian besar kelab terpaksa berjimat gara-gara Covid-19, ia memberi peluang buat pemain muda menyinar.

"Mungkin terdapat juga hikmah selepas kita dilanda Covid-19, ia kerana sebahagian besar kelab tidak berbelanja besar untuk membeli pemain.

"Jadi sudah pasti mereka perlu menggunakan kelibat bakat muda daripada akademi mereka,” kata
Murphy.

Dalam pada itu, Murphy dan Stevens berasa Liverpool kurang motivasi apabila tumpas 4-0 di tangan City pada pagi Jumaat di Stadium Etihad.



Liverpool sudah pun mengesahkan kejuaraan EPL musim ini selepas meraih 82 mata selepas 32 perlawanan dan aksi dengan City tidak mengubah kedudukan itu walau apa pun keputusan pasa

"Liverpool bermula dengan baik dan agresif tetapi gagal menyempurnakan beberapa peluang gol pada babak pertama.

"City pula menunjukkan keazaman tinggi untuk merakam kemenangan dan mereka tampak lebih tajam ketika menyerang.

"Meskipun Liverpool cuba bersikap profesional menangani perlawanan ini, ia sukar buat mereka," kata Murphy.

Stevens turut berasa pengendali City, Pep Guardiola menggunakan baki aksi EPL untuk memastikan barisan pemainmya bersedia menghadapi saingan Liga Juara-Juara dan separuh akhir Piala FA.

"Guardiola pasti menilai aksi pemain-pemainya sebelum membariskan skuad terbaik di Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

"Pemain-pemain City juga turun dengan motivasi tinggi berdepan Liverpool untuk terus menambat kepercayaan Guardiola.

"Perlu diingat City masih berpeluang meraih kejuaraan treble musim ini [selepas memenangi Piala Liga] walaupun Liverpool sudah menjuarai EPL," kata Stevens.