Gol minit akhir Southampton tangguh hajat Manchester United 

Oleh Shaiful Shamsudin 14 Julai 2020 1968
 Gol minit akhir Southampton tangguh hajat Manchester United 
MANCHESTER UNITED 2 SOUTHAMPTON 2

Ole Gunnar Solskjaer akur hajat Manchester United untuk mengecapi kemenangan terencat apabila diikat Southampton 2-2 di Old Trafford selepas dibolosi jaringan penyamaan pada minit terakhir perlawanan, awal pagi tadi. 


Barisan kendalian Ralph Hasenhuttl itu mempamerkan gerakan mengagumkan untuk mengecewakan United yang sedang di kemuncak prestasi dan pelawat sememangnya berhak untuk mendahului awal menerusi Stuart Armstrong.

Namun, tuan rumah memadamkan defisit itu yang menyaksikan Marcus Rashford dan Anthony Martial masing-masing meledak gol dan kedua-duanya mempunyai deretan peluang lagi untuk menokok jaringan dalam babak kedua.

Southampton -- yang mungkin bernasib baik kerana Oriol Romeu tidak dilayang kad merah -- mengatur serangan di penghujung permainan dan tidak lama selepas kecederaan kepala yang dialami Williams Brandon yang memaksa The Devils mengharungi aksi dengan 10 pemain -- Michael Obafemi menemui sentuhan penyudah. 




Di sebalik, United terpaksa akur kekal di tangga kelima dan gagal melonjak ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL), Solskjaer tidak dapat menafikan The Saints berhak untuk meraih satu mata.

"Baiklah, ia adalah detik terburuk untuk melepaskan gol tetapi ia boleh berlaku dalam bola sepak. Kami harus tabah dan menelannya kerana kami telah memenangi begitu banyak perlawanan seperti itu," katanya kepada Sky Sports.
`
"Ini semua adalah sebahagian daripada pembelajaran buat pasukan ini, untuk berasa kecewa walaupun sudah menganggap tiga mata di dalam genggaman. Kami mungkin tidak layak untuk memungut tiga mata itu. 

"Southampton merupakan pasukan yang bagus. Mereka layak meraih sesuatu dalam perlawanan ini. Mereka beraksi dengan baik, mereka adalah pasukan yang fizikal dan sangat cergas, mereka berlari, mengejar dan kami tidak pernah mendapat rentak, terutama setelah mendahului 2- 1.

"Kami boleh beraksi dengan lebih baik lagi sambil mencipta peluang, kadang-kadang menonjolkan aksi memberangsangkan. Anthony mempunyai dua peluang berharga manakala dan dua gol kami itu sangat bagus."

Solskjaer menamakan kesebelasan yang sama untuk perlawanan kelima berturut-turut, namun menolak idea bahawa keletihan memainkan peranan dalam mempertahankan kelebihan ketika menuju masa kecederaan. 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen