ARSENAL 2 WEST HAM 1

Eddie Nketiah berkata dia dan Dani Ceballos saling menyayangi apabila gandingan mereka membantu kejayaan Arsenal ke atas West Ham, awal pagi tadi, selepas terbabit dengan pertengkaran di Fulham.


Kedua-dua pemain itu terlibat dalam insiden di Craven Cottage pada hujung minggu pembukaan musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) sehingga terpaksa dileraikan.

Ceballos kemudian menyiarkan foto duo itu di Instagram selepas perlawanan bagi memastikan tiada masalah di antara mereka.



Mereka membuktikannya apabila Ceballos mencipta gerakan buat pemain gantian itu untuk mengesahkan jaringan kemenangan pada minit ke-85 ketika membenam The Hammers 2-1 di Stadium Emirates.

"Kejadian itu tidak begitu jelas. Saya sedikit kecewa dengan tindakannya lalu menunjukkan reaksi," katanya mengenai pertengkarannya dengan Ceballos kepada Sky Sports.

"Kami segera berdamai dan tanpa berlengah dia meminta maaf, itulah yang terjadi dalam hidup. Ia satu tindakan yang hebat daripadanya untuk melorongkan bola kepada saya, kami semua berkasih sayang.

"Saya rasa ia satu umpanan yang bagus, dia menghidu peluang itu dengan baik sementara saya hanya perlu berusaha sampai di kedudukan itu dan memastikan saya berada di belakang bola, jadi ia menjadi satu penyudah yang cukup mudah. Ia satu lorongan yang hebat daripada Dani.

"Itu saja yang ingin saya lakukan, terus berusaha membantu pasukan dan bertambah baik sebagai pemain. Untuk turun beraksi dan menjadi wira adalah perasaan yang luar biasa. Saya gembira dengan tiga mata ini."




Nketiah hanya berada di atas padang selama lapan minit selepas menggantikan Alexandre Lacazette, yang meledak gol pembukaan -- yang ke-50 buat The Gunners.

Michail Antonio kemudian menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila menanduk masuk hantaran silang ketika West Ham membuat permulaan yang garang dalam babak kedua, tetapi Nketiah menjamin mata penuh buat tuan rumah.

Mikel Arteta gembira melihat Arsenal meraih keputusan positif itu dan ia petanda peningkatan yang lebih baik oleh pemain kelahiran Sepanyol terbabit.

"Saya benar-benar gembira dengan tiga perkara ini tetapi kami harus menganalisisnya lebih banyak lagi kerana terdapat banyak masalah yang kami sendiri dalam tempoh beberapa saat. Kami harus memperbaiki banyak perkara," kata Arteta.

"Ya (kami dibolosi satu gol) tetapi kami mencipta banyak peluang untuk memenangi pertemuan ini dan kami membazirnya, ia satu kesilapan daripada kami.

"Apa yang saya suka adalah pendekatan barisan pemain saya. Mereka meningkatkan tempo dalam 25 minit terakhir dan beberapa bulan yang lalu kami pasti akan seri atau kalah dalam situasi sebegini.

"Pada akhirnya, kami harus mencari jalan kerana kami akan menempuhi perlawanan seperti ini sepanjang musim kelak."