Olivier Giroud berpuas hati kerana sekali lagi membuktikan dirinya sebagai pemain yang sentiasa boleh diharapkan Arsenal selepas hadir ke dalam perlawanan sebagai pemain gantian ketika bertemu Southampton.

Skuad kendalian Arsene Wenger itu hampir melakar kekalahan keenam Liga Perdana Inggeris selepas gagal mencari ruang untuk menafikan gol pendahuluan The Saints menerusi Charlie Austin pada minit ketiga.

Giroud, yang masuk menggantikan Alexandre Lacazette, menggunakan pengalamannya untuk menanduk masuk hantaran Alexis Sanchez dua minit sebelum perlawanan berakhir.

Ia merupakan gol yang ke-17 buat penyerang kebangsaan Perancis itu sebagai pemain gantian -- menyamakan bilangan legenda Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

"Saya sentiasa cuba melakukan sesuatu buat pasukan. Kami masih lagi kekurangan pemain yang berkualiti di dalam kotak penalti dan saya cuba menjadinya," kata Giroud.

"Ia merupakan hantaran yang baik daripada Sanchez. Arsenal telah berusaha untuk mendapatkan keputusan ini.

"Kami gembira untuk meraih satu mata kerana sukar untuk mendapatkan keputusan positif di Stadium St Mary," ujarnya lagi.